Thursday 28 June 2012

TAQWA

Kali ini saya cuba jelaskan sedikit berkaitan Taqwa kerana memahami apa itu Taqwa amat penting dan ia akan berkait-kait dengan persoalan yang lain. Takrif Taqwa itu kebanyakan orang menjelaskan takut. Taqwa kepada Allah itu bukan bermaksud takut kepada Allah. Takut itu satu dari sifat mahmudah (baik). Bila Allah menyeru 'ittaqullah', ia bermaksud ambillah Allah sebagai pemelihara / benteng / pelindung. Jadi takrif Taqwa itu ialah Allah sebagai pelindung.

Untuk itu apa ciri-ciri Taqwa?
Ciri-ciri Taqwa ada empat :
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Suka apa yang Allah suka
4. Benci apa yang Allah benci

Apa pula amalan Taqwa?
Amalan Taqwa adalah berkaitan dengan amalan hati iaitu bila ada rasa kehambaan yang tinggi dan rasa bertuhan. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 197, ada menyentuh untuk kita menambah sifat Taqwa. Menambah sifat Taqwa itu mesti di atas landasan syariat. Maksudnya jika kita menganggap syariat itu kecil, maka kecillah sifat Taqwa kita. 

Untuk itu, bagi mendapat Taqwa itu, kita perlu menempuh lapan syarat Taqwa iaitu:
1. Dapat hidayah
2. Faham tentang Islam
3. Yakin apa yang difahami itu
4. Melaksanakan yang diyakini
5. Mujahadah
6. Istiqomah beramal
7. Ada pemimpin
8. Sentiasa berdoa

No comments:

Post a Comment