Ulama' ada bermadah " Membangunkan Syariat biarlah atas dasar Iman
dan Taqwa bukan atas dasar desakan orang atau terdesak dengan masalah
kerana Syariat itu tuntutan Allah bukan tuntutan manusia dan kehidupan
"
Ulama' mengingatkan lagi " Janganlah rukun Iman dan rukun Islam
dihurai sebagai ilmu dan falsafah sahaja, ia memerlukan penghayatan dan
amalan yang berterusan untuk memberi kesan kepada jiwa dan kehidupan "
Manusia dan masalah sama seperti manusia dan anggota lahir. Tiada siapa
yang meminta kejadian rupa paras kita seperti yang kita ada kini.
Ertinya bukan kehendak kita, tetapi kita mesti terima seadanya. Tidak
ada manusia yang meminta masalah, namun tidak ada manusia yang dapat
lepas dari masalah. Manusia hanya perlu menghindari masalah dan jangan
mencetus masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan. Oleh itu
masalah Allah datangkan mengikut keupayaan jiwa seseorang. Namun orang
yang berjiwa besar, masalah yang besar menimpanya dirasakan bagaikan
tiada apa-apa masalah dalam hidupnya. Bahkan semua masalah itu
dirasakannya sebagai satu keuntungan, maka hidupnya tenang, bahagia,
sejahtera, ceria, dan sentiasa gembira.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment