1. Syariat.
2. Tariqat.
3.Hakikat.
4.Makrifat.
1. Syariat
i. Syariat Lahir
ii. Syariat Batin.
i. Syariat Lahir.
Iaitu
apa sahaja amalan-amalan lahir yang berbentuk perintah sama ada wajib
atau sunat, larangan sama ada yang haram atau makruh dan amalan yang
kedudukannyan harus/mubah. Syariat lahir itu pula terbahagi kepada dua:
a.
Hablumminallah – hubungan dengan Allah, seperti persoalan ibadah solat,
puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, doa, zikir dan seumpamanya.
b.
Hablumminannas – hubungan sesama manusia, seperti dalam bidan muammalat
(jual beli), munakahat (nikah kahwin), soal siasah (politik), jihad,
pentadbiran dan seumpamanya.
ii. Syariat Batin.
Iaitu
amalan roh/hati yang berbentuk perintah dan tegahan. Amalan berbentuk
perintah adalah segala sifat-sifat terpuji (mahmudah) sementara amalan
tegahan pula adalah sifat terkeji (mazmumah). Syariat Batin juga ada dua
iaitu:
a. Akhlak dengan Allah –
seperti mengenal Allah dengan Yakin, merasa kehebatan Allah, merasa
gerun dengan neraka Allah, merasa hina diri dan malu dengan Allah,
meredhai setiap taqdir dan ketentuan Nya. Mensyukuri nikmat Allah,
menyintai Allah, tawakal kepada Allah, harap pada rahmat Allah, rindu
pada Allah, sentiasa mengingati Allah dan lain-lain.
b.
Akhlak dengan manusia – antaranya mengasihi orang lain seperti
mengasihi dirinya sendiri, pemurah, bertolak ansur, berbaik sangka
terhadap orang Islam, tawadhuk, menghormati sesama manusia dan
lain-lain.
Syariat
Allah itu diikat dengan lima hukum (wajib, sunat, haram, makruh dan
harus), yang menyuluh persoalan Usuluddin/Tauhid, Feqah dan Tasawuf. Ini
bermaksud setiap ilmu itu perlulah berasaskan kepada Al Quran, hadis
dan Istinbat para ulama’ yang berasaskan kepada Al Quran dan Hadis.
2. Tariqat.
Tariqat
dalam bahasa Arab bermaksud jalan. Justeru itu tariqat yang hendak
dibahaskan adalah jalan untuk menuju Allah. Apa yang boleh dihuraikan
disini adalah tariqat itu terbahagi kepada dua:
i. Tariqat wajib – iaitu syariat yang
telah Allah tetapkan berbentuk ilmu yang di amalkanguh-sunguh. Contoh
yang boleh dihuraikan adalah sembahyang/solat. Ilmu solat itu diamalkan
(mengamalkan itulah tariqat, sementara solat fardhu itu wajib). Justeru
itu, mengerjakan solat itu adalah tariqat wajib. Belajar ilmu solat dan
mengerjakan solat bila sampai waktunya itulah Tariqat wajib yang perlu
semua umat Islam amalkan.
ii. Tariqat sunat – iaitu satu amalan
sunat yang dijalankan secara disiplin yang tertentu untuk mendapat
rahmat dan kasih sayang dari Allah swt. Antara Tariqat sunat yang
terdapat dan masyhur di Malaysia adalah seperti Naqsyabandiah, Satariah,
Qadiriah, Ahmadiah Idrusiah, Naqsyabandi Qadariah, Muhammadiah,
Hadadiah dan banyak lagi.
Kesimpulannya,
tariqat wajib itu, memang diwajibkan ke atas setiap orang yang mukallaf
untuk mengamalkannya. Sementara tariqat sunat pula diamalkan oleh mereka
yang bersungguh-sungguh untuk membaiki diri mereka dengan pimpinan
ulama-ulama’ yang haq. Adalah disarankan untuk kita mengamalkan tariqat
sunat untuk memudahkan kita dalam menempuh jalan menuju Allah swt.
Mereka yang menjalankan tariqat sunat ini akan mendapat bantuan dalam
bermujahadah dengan nafsunya dan mendidik hati kea rah taqwa.
Perlu
diingat, dalam kita mengamalkan tariqat sunat, kita sama sekali tidak
boleh mengabaikan tariqat wajib, kerana tiada nilai amal sunat jika
tiada amal wajib.
3. Hakikat.
Setelah
seseorang itu, bersyariat dan bertariqat sungguh-sungguh dia akan dapat
merasakan Hakikat. Iaitu satu rasa yang Allah campakkan ke dalam hati
hamba Nya yang dipilih oleh Nya. Orang yang menjadi pilihan ini adalah
mereka yang telah melalui pembersihan hati dan boleh dikatakan hatinya
telah bersih dari sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat mahmudah/terpuji
telah menghiasi hati hamba Allah ini. Rasa syukur, redha, zuhud,
tawakal, pemurah dan lain-lain lagi sudah mekar cantik di dalam hatinya
hingga tergambar keikhlasan itu pada wajahnya, tindak-tanduknya, pendek
kata jawarihnya telah menjadi magnet yang mampu menarik orang lain
senang menghampirinya. Ketenangan dan kedamaian terpancar padanya kerana
Allah telah letakkan ke dalam hatinya rasa tenang dan damai itu. Firman
Allah dalam surah Ar Ra’ad ayat 28 yang bermaksud, "Orang yang beriman
dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah, ketahuilah dengan
zikrullah itu itu hati akan tenang.".
Ahli
zikrullah itu, adalah mereka yang melazimkan diri mereka dengan mulutnya
berzikir memuji Allah swt, hati akan merasai kebesaran dan kehebatan
Allah swt, lantas jawarihnya/jasadnya melaksanakan perintah Allah.
Pendekata, soal hakikat itu tidak dapat dipelajari kerana hakikat itu
adalah pemberian dari Allah kepada hambanya yang bertariqat berpandukan
kepada syariat. Siapa yang dapat menjadi pilihan Allah dia akan merasai
kemanisan Hakikat itu. Orang yang telah mendapat hakikat, dikatakan
orang yang benar-benar mengenal Allah swt..
4. Makrifat.
Manakala
orang yang telah sampai ke peringkat makrifat pula dikatakan mereka
adalah golongan Al "Arifubillah atau golongan Al ‘Arifin. Mereka ini
mengenal Allah dengan mata hati, dan mereka telah mencapai taraf hamba
yang bertaqwa. Mereka benar-benar dapat melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan larangan Allah.sekalipun yang makruh.
Jika
ada orang yang melaksanakan sungguh-sungguh syariat, dan faham
sungguh-sungguh pula hukum yang lima itu tetapi malangnya tidak tenang,
tidak redha, tidak sabar dan lain-lain, kenalah periksa diri atau
muhasabah diri semula. Takut-takut ada kesilapan dibidang Tauhid,, atau
mungkin di sudut feqah, atau mungkin pula dibidang tasawuf
Oleh
itu, ajaran Islam ini bukanlah berbentuk cakap-cakap sahaja, ia perlu
di amalkan lahiriah dan batiniah. Moga-moga menjadi hamba Allah yang
soleh atau yang disebut Al ‘Arifubillah yang akan mendapat kemenangan di
dunia dan akhirat..
No comments:
Post a Comment