Thursday 28 June 2012
SABAR
Sabar adalah satu topik yang menarik untuk kita bincangkan. ramai orang
menasihati kita untuk bersabar tetapi mereka sendiri tidak sabar. cuba
kita fahami firman Allah swt dalam Al Quran surah Sajadah ayat 24 yang
bermaksud," Dan Kami (Allah) jadikan dikalangan mereka beberapa
pemimpin, yang memimpin kaum masing-masing kepada hukum agama Kami,
selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat
Kami ". Memimpin masyarakat kepada kebaikan pun kena sabar, membuat
perubahan hidup pun kena sabar dengan cemuhan dan kutukan. Lantaran itu
jelaslah sabar itu sesuatu yang perit. Ibnu Abbas berkata, mengikut
pandangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali rhm, " Kesabaran dalam Al Quran
itu ada 3 macam, iaitu kesabaran untuk menunaikan kewajipan kerana
Allah dan ia mempunyai 300 darjat, kesabaran untuk tidak melanggar
larangan Allah pula mempunyai 600 darjat, dan kesabaran dalam menghadapi
musibah mempunyai 900 darjat. Sesungguhnya pada iman itu sebahagian
darinya adalah sabar dan sebahagian lagi darinya pula adalah syukur.
Dari itu beruntunglah mereka yang bersabar kerana di situ ada kasih
sayang dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment