Kali
ini saya cuba jelaskan sedikit berkaitan Taqwa kerana memahami apa itu
Taqwa amat penting dan ia akan berkait-kait dengan persoalan yang lain.
Takrif Taqwa itu kebanyakan orang menjelaskan takut. Taqwa kepada Allah
itu bukan bermaksud takut kepada Allah. Takut itu satu dari sifat
mahmudah (baik). Bila Allah menyeru 'ittaqullah', ia bermaksud ambillah
Allah sebagai pemelihara / benteng / pelindung. Jadi takrif Taqwa itu
ialah Allah sebagai pelindung.
Untuk itu apa ciri-ciri Taqwa?
Ciri-ciri Taqwa ada empat :
1. Ingat dua perkara
2. Lupa dua perkara
3. Suka apa yang Allah suka
4. Benci apa yang Allah benci
Apa pula amalan Taqwa?
Amalan
Taqwa adalah berkaitan dengan amalan hati iaitu bila ada rasa kehambaan
yang tinggi dan rasa bertuhan. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah :
197, ada menyentuh untuk kita menambah sifat Taqwa. Menambah sifat
Taqwa itu mesti di atas landasan syariat. Maksudnya jika kita menganggap
syariat itu kecil, maka kecillah sifat Taqwa kita.
Untuk itu, bagi mendapat Taqwa itu, kita perlu menempuh lapan syarat Taqwa iaitu:
1. Dapat hidayah
2. Faham tentang Islam
3. Yakin apa yang difahami itu
4. Melaksanakan yang diyakini
5. Mujahadah
6. Istiqomah beramal
7. Ada pemimpin
8. Sentiasa berdoa
No comments:
Post a Comment