kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di akhirat kelak, wal’iyazubillah.
Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang diantaranya seperti berikut :
1. Kerana
roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia
binasa. Di akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru.
2. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.
3. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.
4. Kerana
ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh
menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya
hendaklah dibuang atau dibenci.
5. Hati tempat penglihatan dan nilaian Allah manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk.
6. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati.
7. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati.
8. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah yang benci.
9. Rasulullah
SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah
tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar.
10. Penyakit
lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi
penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan.
Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu :
a. Wajib
kita member makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah,
membaca Al-Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya
melalui pemandangan dan mengingati mati.
b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat Taqwa.
c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riak, ujub dan sebagainya.
d. Muhasabah terhadapnya selalu.
e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan serta pakaian.
No comments:
Post a Comment